Fiqh Jinayat (Jenayah Judi Siber, Hukuman Mengikut Perundangan Islam)
Pendahuluan
Perjudian haram
merupakan satu fenomena yang menghantui masyarakat Malaysia sejak dahulu lagi.
Masalah ini semakin bertambah walaupun pelbagai usaha telah diambil untuk
membendungnya. Setiap tahun kita melihat ada juga pembukaan pusat-pusat
perjudian siber di merata tempat.
Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat
komunikasi yang ada
sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen telah
berabad memainkan alat yang penting dalam media untuk menyampaikan
ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun, bahan-bahan media ini penyebaran
maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti Internet. Ini
membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah
kebanyakan negara mempunyai peruntukan undang-undang yang
mengawal percetakan dan kandungan televisyen. Di Malaysia contohnya,
sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang
sah. Peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Percetakan,
Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan
1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 membataskan maklumat-maklumat yang boleh
dicetak dan diedarkan kepada orang ramai
Bahan
media yang tradisional juga dibatasi oleh had geografi. Penyebaran buku, majalah dan surat khabar memerlukan
kos, tenaga manusia, infrastruktur jalan dan
kemudahan kenderaan. Kesemua faktor
ini membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama memudahkan
pengawalan maklumat.
Perbezaan
antara Internet dan bahan
media yang sedia ada amatlah nyata kerana Internet adalah satu platform yang
menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik dari
seluruh dunia. Internet memungkinkan seseorang menyebarkan maklumat dan
berinteraksi dengan orang lain yang mungkin beribu-beribu batu jauhnya.
Kesemua peringkat penggunaan
komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada
sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau
kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data, operasi
output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk
tujuan yang tidak sihat.
Definisi Jenayah Judi Siber
Jenayah merupakan satu perbuatan
yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan
perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah.
Menurut Kamus Dewan undang-undang ialah sesuatu peraturan atau keseluruhan
peraturan yang digubal oleh sesebuah kerajaan negeri atau negara dan ianya
mesti dipatuhi oleh setiap individu atau masyarakat tersebut. Di dalam sesebuah
negara demokrasi, Parlimen membuat undang-undang yang mesti diikuti oleh setiap
orang.
Sesuatu perbuatan atau kesalahan jenayah adalah dilakukan dengan niat yang
salah. Sesuatu perbuatan tidak boleh menjadi jenayah sekiranya tidak disertai
dengan niat, walaupun akibat dari perbuatan seperti itu, membawa kecederaan
atau maut terhadap mangsanya.
Dalam pada itu, jenayah siber merupakan suatu bentuk perlakuan jenayah
yang menggunakan sebarang jenis peranti elektronik melalui sambungan
perkhidmatan internet yang membolehkan sesebuah perlakuan jenayah dilakukan
sama ada ia melibatkan seseorang individu atau sekumpulan orang serta mampu
menjangkaui batasan dari sesebuah negara ke negara yang lain dalam tempoh masa
yang singkat dan tidak terhad batasan.
Jenayah siber menyebabkan berlakunya kepada kehilangan
atau kerosakan kepada peralatan, data dan maklumat yang melibatkan sesebuah
perisian mahupun pemprosesan komputer sama ada serangan virus, pencerobohan
serta kecurian maklumat terhadap sesebuah komputer atau peranti elektronik yang
dijadikan sasaran. Jenayah siber merupakan suatu bentuk jenayah moden yang
wujud pada zaman ini di mana ia tidak lagi seperti jenayah pada zaman dahulu
yang hanya terhad kepada persekitaran fizikal sahaja, namun kini ia telah
menjangkau kepada perlakuan jenayah melalui alam siber dengan menggunakan
teknologi komputer.
Jenayah
siber berbeza dengan jenayah fizikal yang lain seperti membunuh, merompak dan
mencuri di mana ia kadangkala masih boleh dilihat dan dikesan dengan nyata
penjenayah serta perbuatan jenayah yang dilakukan dan lebih buruk lagi untuk
mengesan lokasi operasi penjenayah terutamanya jika penjenayah berada di luar
Malaysia dan ia dilihat sebagai satu cabaran dan masalah penipuan siber sukar
diatasi. Jenayah siber memberi ancaman yang sangat besar kepada pengguna dan
turut dilihat sebagai satu bentuk cabaran dan jenayah alaf baru yang tidak
seperti mana jenayah pembunuhan yang boleh dikemukakan senjata sebagai bukti
sebaliknya jenayah siber hanya menggunakan komputer mahupun peranti elektronik
dan melibatkan banyak pihak dalam pendakwaan di samping pakar-pakar yang
terlibat dalam pendakwaan.
Pengharaman
Judi Menurut Al-Quran
Judi
merupakan salah satu perolehan harta secara batil. Islam menegah perolehan
harta secara batil iaitu melalui aktiviti curi, rompak, rampas, riba, judi dan
lain-lain. Perolehan dan pemilikan harta yang dibenarkan mestilah berlaku
mengikut konsep dan peraturan muamalat yang ditetapkan dengan adanya unsur
keredhaan. Barulah harta yang diperolehi mendapat keberkatan daripada Allah.
Pengharaman judi adalah berdasarkan dalil Al-Quran, al-Sunnah, ijmak ulama dan
juga dalil akal. Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai
orang-orang yang beriman ! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan
mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji)
dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu
berjaya.
Sejak
zaman dahulu, permainan judi telah dikenal oleh manusia. Pada zaman jahiliah,
masyarakat Arab sangat gemar bermain judi. Mereka menyebut permainan itu
sebagai al-maysir.
Pada masa itu, mereka tahu dua bentuk judi, iaitu al-mukhatarah dan al-tajzi’ah.
Para ulama bersepakat bahawa judi adalah haram dalam hukum Islam, sesuai dengan
firman Allah:
يسئلونك عن الخمر والميسر قل
فيهيمآ إثم كبير ومنفع للناس وإثمهمآ أكبر من نفعهما ويسئلونك ماذا ينفقون قل
العفو كذلك يبين الله لكم الأيت لعلكم تتفكرون[1]
Maksudnya
:
“Mereka
bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah : pada
keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia apakah yang
mereka akan belanjakan (dermakan) katakanlah, dermakanlah – apa-apa yang
berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu
ayat-ayatnya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.
Ayat ini jelas menunjukkan pengharaman ‘khamr’ (arak)
dan segala bentuk ‘maysir’ (judi).
Al maisir pada hakikatnya adalah segala bentuk
permainan yang dimaksudkan untuk mendapatkan keuntungan material secara mudah.
Unsur ‘mudah’ lebih dominan daripada perhitungan kerja keras dan kreativiti
yang sihat.
Muhammad Ali Ash Shahbuny dalam
tafsir Rawaul bayaan tafsir ayatil ahkam mengatakan :
“Para ulama telah sepakat akan haramnya berbagai macam judi/qimar dan yang
termasuk diharamkan berdasarkan firman Allah dalam surat Al Baqarah; 219 adalah
setiap permainan yang menguntungan satu pihak dan merugikan pihak lain maka
termasuk dalam maisir/qimar/judi yang diharamkan”.
Dikutip dari DR Yusuf Qardhawi yang
mengatakan :
“semua permainan yang didalamnya ada perjudian, maka hukumnya haram. Sedang
apa yang dinamakan judi adalah segala permainan yang mengandung untung atau
rugi bagi pelakunya”.
Al qimar / judi adalah permainan yang seorang
mengambil dari kawan sepermainnya sesuatu demi sesuatu (berupa material). Al
qimar/judi pada masa kini adalah seluruh permainan yang diisyaratkan padanya
adanya suatu pemberian (berupa material) bagi pihak yang menang yang diambil
dari pihak yang kalah.
Menurut badan kerjasama Pondok pesantren Jawa Barat
bahwa judi adalah permainan dengan taruhan dengan segala bentuk dan caranya
(tekniknya) yang pelakunya sebahagian beruntung dan sebahagian rugi adalah
termasuk maisir/qimar.
Judi menurut Ibrahim Anis, judi
adalah “setiap permainan (la’bun) yang mengandung taruhan dari kedua
pihak (muraahanah).”[2]
Menurut Al-Jurani, judi
adalah “setiap permainan yang didalamnya di isyaratkan adanya suatu
(berupa material) yang diambil dari pihak yang kalah kepada pihak yang menang.”[3]
Menurut Ali Ash-Shabuni judi
adalah “setiap permainan yang menimbulkan keuntungan (riba) bagi satu
pihak dan kerugian (khasarah) bagi pihak lainnya”.[4]
Secara bahasa, judi adalah mempertaruhkan sejumlah
duit dalam suatu permainan. Dalam Fatwa al Azhar dijelaskan, judi dalam bahasa
Arab “al maisir” atau “al qimmar”. Dikatakan “al maisir” yang bermakna mudah.
Kerana dengan berjudi seseorang boleh mengambil harta orang lain dengan cara
yang sangat mudah. Dalam judi, beberapa orang akan bertaruh dengan hartanya dan
melakukan sebuah permainan seperti dadu, tebak angka atau yang lain. Kemudian
yang menang akan mengambil kumpulan harta tersebut.
Beberapa definisi tersebut saling melengkapi, sehingga
dari kesemuanya dapat disimpulkan definisi judi yang secara menyeluruh. Jadi,
judi adalah segala permainan yang mengandungi unsur taruhan (harta/material)
dimana pihak yang menang / untung mengambil (merampas) harta material dari
pihak yang kalah.
Berdasarkan definisi itu, dalam judi ada 3 (tiga)
unsur aktiviti utama :
1) Pertama, adanya taruhan harta yang berasal dari
para pihak yang sedang berjudi.
2) Kedua, ada suatu permainan, untuk menentukan pihak
yang menang dan yang kalah.
3) Ketiga, pihak yang menang mengambil harta yang
menjadi taruhan (murahanah), sedang pihak yang kalah akan kehilangan hartanya.
Judi dari Sudut Ajaran Lain
1. Judi Mengikut Ajaran Buddha
Ajaran lama Buddha Hinayana juga,
menggariskan lima larangan kepada penganut Budha iaitu; “membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum alkohol dan berjudi”. Namun
ajaran baru Budha Mahayana telah melonggarkan larangan ini dan ia hanya
terpakai kepada yang mahu menjadi sami atau betul-betul menghayati ajaran
Budha. Juga tercatit dalam kitab lama Budha kisah masyhur ‘Ratapan si Penjudi’ (Gambler’s Lament) yang
menjadi pengajaran berguna apabila seorang penjudi yang kalah wang taruhan
menyebabkan dia kehilangan anak dan isteri.
Walaupun ajaran Budha tidak mengharamkan secara jelas
aktiviti judi dan membenarkannya sekadar permainan rekreasi dan hiburan seperti
permainan ‘mahjung’ atas dasar untung nasib atau ‘ong’. Namun Budha memberi
amaran keras bagi yang mempertaruhkan wang dan mengabaikan tanggungjawab
keluarga sehingga hilang wang pertaruhan dan sumber mata pencarian.
2. Judi Mengikut Ajaran Kristian
Bagi ajaran Kristian pula tidak ada kejelasan dalam
pengharaman judi tetapi ajaran Kristian memberi amaran bagi yang mencari
kekayaan secara cepat dan cintakan wang.
“Bagi mereka yang mencintakan wang ia adalah punca bagi segala kejahatan.
Bagi mereka yang terlalu taksub berlumba mendapatkan wang dan mengabaikan
tanggungjawab agama, seolah dia mencucuk dirinya dengan kesedihan di kemudian
hari”.[5]
Dalam Hebrew 13:5 pula
mengatakan :
“Bebaskan dirimu dari kecintaan dunia (wang) dan berpadalah dengan apa yang
kamu ada, kerana Tuhan telah mengatakan, ‘Aku tidak akan tinggalkan kamu dan
tidak akan membiarkan kamu (sentiasa menolongmu)’.[6]
Majoriti gereja bersepakat menyatakan keburukan judi
dan sebahagian membenarkan loteri kebajikan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan
dan juga aktiviti judi ‘Bingo’ sebagai akiviti rekreasi yang popular di
kalangan warga pesara di negara barat.
Namun begitu majoriti gereja
menolak penubuhan pusat judi secara besaran seperti kasino atas dasar ‘melampau’. Manakala gereja Prebysterian menolak terus
segala bentuk judi termasuk loteri kerana atas hujah ia mengambil wang dari
golongan miskin dan berpendapatan rendah, yang mengharapkan hadiah lumayan,
tetapi hanya ‘seorang dalam sejuta sahaja’ yang memenangi hadiah wang yang
dijanjikan.
3. Judi
Mengikut Ajaran Yahudi
Manakala bagi penganut agama Yahudi, para Rabbi
(pemimpin agama Yahudi) menetapkan aktiviti judi dibenarkan semasa perayaan
Hannukah sahaja sebagai satu bentuk hiburan di musim perayaan.
Usaha kerajaan United Kingdom
suatu ketika dahulu untuk menubuhkan kasino secara besaran atas alasan untuk
menarik pelancong dan menambah pendapat negara mendapat kecaman dari rakyat.
Sekiranya pungutan suara
dilakukan di kalangan awam, juga ketua-ketua semua agama di Malaysia selain
Islam, nescaya mereka akan bersetuju tentang kemudaratan judi dan arak kepada
masyarakat, melebihi kebaikan.
4. Judi Mengikut Amerika Syarikat dan Negara-negara Dunia
Di Amerika Syarikat pula, walaupun di peringat Federal
(Pusat) membenarkan aktiviti judi, namun setiap negeri mempunyai kuasa untuk
mengharamkannya. Nevada membenarkan lesen judi pada tahun 1931 dan menjadi
sumber ekonomi utama negeri, diikuti Atlantic City dan New Jersey pada tahun
1976 dan Mississipi pada tahun 1990. Kebanyakan negeri lain di Amerika Syarikat
masih tidak membenarkan lesen judi atas sebab kesan moral dan sosial kecuali
loteri kebajikan dan permainan Bingo oleh pertubuhan bukan kerajaan untuk
tujuan kebajikan.
Judi secara logiknya adalah permainan
orang yang mempunyai lebihan wang dan tidak terasa apabila mereka kalah judi.
Oleh kerana itulah pusat perjudian yang terkenal di Eropah, Monaco, rata-rata
penghuninya adalah hartawan dan selebriti.
Dalam sesetengah negara berlumba
membina pusat-pusat perjudian dengan anggapan ia dapat meningkatkan hasil
pendapatan negara, lain pula halnya sebuah negeri kepulauan kecil di Pasifik,
Vanuatu, yang berpenduduk hampir 300,000 orang dan majoriti beragama Kristian.
Kerajaan Vanuatu telah meluluskan akta pengharaman judi di negara mereka sejak
tahun 2006 dan ia tidak mendapat sebarang bantahan dari rakyat malah
dialu-alukan.
Bentuk Permainan Judi
i) Al-Mukhatarah
Bentuk permainan al-mukhatarah,
seperti yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas, merupakan permainan yang melibatkan
dua orang atau lebih yang mempertaruhkan harta dan isteri mereka dalam sesuatu
permainan.
Orang yang menang berhak mengambil harta dan isteri bagi pihak yang kalah.
Harta dan isteri yang sudah menjadi milik pemenang dapat diperlakukan sesuka
hati. Jika suka, dia boleh mengahwininya. Jika tidak, wanita itu hanya dijadikan
hamba atau gundik.
ii) Al-Tajzi’ah
Dalam al-tajzi’ah, 10
orang bermain kad daripada potongan kayu. Ada 10 keping kad, 7 kad diberi angka
1-7, dan 3 kad kosong, sehingga semua angkanya berjumlah 28. Kemudian seekor
unta dipotong menjadi 28 bahagian.
Setiap peserta diundi untuk mengambil potongan daging sesuai dengan angka pada
kad yang didapatinya. Tiga peserta yang mendapat kad kosong dianggap kalah dan
harus membayar harga unta.
Mereka yang menang saling membanggakan diri dengan menyebut nama suku mereka.
Permainan ini sering kali berakhir dengan perselisihan, bahkan peperangan.
Kaedah Judi Modenisasi
Kegiatan perjudian begitu popular
sejak dahulu lagi, Cuma gayanya kini diubah suai mengikut kaedah semasa bagi
memancing minat orang ramai khususnya yang gila berjudi.
Rata-rata menyedari impak
kegiatan judi, tetapi sikap tamak mengatasi segala-galanya sehingga sanggup
menghabiskan masa untuk berjudi dan menjejaskan kerja serta tanggungjawab
terhadap keluarga dan diri sendiri.
Pelbagai tindakan dilakukan agensi penguatkuasa termasuk polis dan pihak
berkuasa tempatan, namun penganjur judi sangat licik, mencari port baru supaya
kegiatan mereka dapat diteruskan.
Segelintir daripadanya seolah-olah tidak takut dan berulang kali melakukan
perbuatan sama walaupun pernah ditangkap atau premis judi disita. Namun sikap
tidak serik penganjur atau pemilik premis judi ini dipercayai didorong
permintaan tinggi daripada individu yang ketagih berjudi.
Individu-individu disebalik kegiatan judi :
i) Penganjur
Menyediakan tempat atau kawasan
untuk berjudi dan menguruskan hadiah ganjaran
ii) Penjaga
premis
Menguruskan premis judi.
iii) Pemain
atau penjudi
Individu bermain dan membuat
taruhan. Kebiasaannya penagih dadah, penganggur, kakitangan awam. Lingkungan
berusia 20-an keatas.
iv) Penonton
Jenis-Jenis Judi
i) Judi
dalam bangunan
ii) Judi
tempat bebas – judi bola golek ataupun sabung ayam
iii) Judi
dalam talian
iv) Judi
komputer
v) Judi
ekor haram
Modus Operandi
1. Judi
dalam bangunan
Perjudian ini sukar dikesan
kerana pemain adalah rakan penganjur. Polis memperoleh maklumat serta membuat
tangkapan jika sekiranya terdapat rakan penganjur yang belot kerana kalah atau
gagal membuat pinjaman duit. Sesetengah penganjur juga akan menyewa rumah kedai
dan salah gunakan dengan menjadikan premis kononya sebagai pusat internet dan
pejabat kontraktor.
2. Judi
tempat bebas
· Dilakukan
di tempat terbuka tetapi tersorok/terpencil seperti kawasan rumah kongsi,
pinggir hutan.
· Sentiasa
berpindah-randah bagi mengelak kegiatan dihidu pihak berkuasa.
· Penganjur
sediakan bangsal kecil dikawasan lapang, peralatan berjudi, ayam, bola, tempat
duduk penonton dan gelanggang.
· Penganjur
dan pemain terdiri daripada orang tempatan dan warga asing.
· Kegiatan
judi sabung ayam atau bola golek dilakukakn pada waktu siang, hari minggu atau
selepas hari terima gaji.
· Ganjaran
ditawarkan boleh mencecah sehingga maksimum RM20,000.
3. Judi
dalam talian
· Judi
ini popular ketika musim perlawanan bola sepak seperti Piala Euro, Piala Dunia,
Piala FA.
· Banyak
laman web yang menganjurkan perjudian berlesan di luar Negara. Antara yang
popular seperti shobet.com. Bagaimanapun di Malaysia, tiada lesen diberi untuk
perjudian seperti ini.
· Penganjur
judi di Negara ini merupakan warga tempatan tetapi kegiatan atau operasi
tersebut (judi) akan dilakukan dari tempat lain seperti Hong Kong, Vietnam dan
Filipina.
· Server digunakan
untuk berjudi bukan disini (Malaysia) dan semua peralatan serta bilik operasi
adalah di luar Negara.
· Peralatan
yang diperlukan hanya gajet seperti komputer riba seperti telefon bimbit yang
mempunyai akses internet.
· Dalam
sesetengah kes, penjudi licik akan menggunakan internet tanpa wayar (WiFi)
percuma bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Penjudi juga akan menyasarkan
mana-mana kedai atau restoran yang mempunyai WiFi percuma serta terlindung
daripada kamera litar tertutup (CCTV) dan akan menghabiskan masa di premis
tersebut untuk berjudi dalam talian.
· Menerusi
internet, mereka yang ingin membuat pertaruhan akan diberi kata laluan untuk
mengakses laman web perjudian tersebut dan dibayar melalui kaedah kredit.
4. Judi
kafe siber / computer
· Pengusaha
kafe siber salah guna premis dan menjadikannya pusat perjudian dengan
meletakkan komputer sebagai alat untuk berjudi.
· Guna in
house server dan kadang-kadang guna internet server untuk
memudahkan penganjur atau penjaga premis mengawal jumlah pemain.
· Tawaran
ganjaran boleh cecah sehingga RM200,000.
Punca Berlakunya
Jenayah Judi Siber
1. Tabiat / ketagihan
Kebanyakan penjudi tidak bekerja
dan mereka cenderung menghabiskan masa berjudi sehingga menjadi ketagih.
Ketagihan disebabkan elemen dalam mesin perjudian seperti system bunyi dan
grafik yang boleh mempengaruhi jiwa seseorang.
Elemen tersebut menyebabkan seseorang individu itu merasakan hidup mereka tidak
sempurna jika tidak berjudi. Contohnya, hanya bunyi tapak kuda dalam permainan
judi / perlumbaan sebenar boleh membuat seseorang itu leka.
Tedapat kes di mana individu yang tidak mempunyai duit untuk berjudi, mereka
sanggup berdiri di tepi-tepi pagar trek lumba kuda semata-mata untuk mendengar
bunyi tapak kuda bagi menghilangkan ketagihan untuk berjudi.
2. Wujudnya permintaan dan penawaran
Kegiatan judi berleluasa kerana
terdapat permintaan aktiviti berkenaan. Penganjur tidak akan melepaskan peluang
kerana hanya mementingkan keuntungan. Apabila banyak permintaan terhadap
kegiatan tersebut maka lebih banyak pusat judi haram dibuka termasuk dalam talian.
3. Tamak
Sikap tamak dan ingin cepat kaya
menyebabkan ramai yang terjebak dalam aktiviti perjudian. Malah jika sudah
menang sekali, akan mendorong mereka untuk terus berjudi.
Kesan-Kesan
Judi Terhadap :
i. Individu
ii. Keluarga
iii. Masyarakat
iv. Negara
v. Agama
i) Individu
· Kehabisan wang dan harta kerana
dibelanjakan bagi memuaskan nafsu dengan keseronokan berjudi sehingga ramai
diisytiharkan muflis
· Lupa tanggungjawab dan amanah
dengan mengabaikan tugasan yang perlu disempurnakan akibat ketagihan berjudi
sehingga sanggup ponteng kerja, kuliah atau sekolah.
· Keruntuhan institusi keluarga dan
masyarakat memandangkan ‘kaki judi’ lazimnya ketagih berjudi sehingga tergamak
mengorbankan kebahagiaan rumahtangga, nafkah keluarga dan persekolahan anak.
· Terlibat dengan jenayah
memandangkan kegiatan perjudian berpotensi besar mengheret si pelakunya ke
kancah pergaduhan, mencuri, merompak dan membunuh akibat desakan mencari sumber
untuk melayani ketagihan berjudi yang tiada penghujung.
ii) Keluarga
Keruntuhan institusi kekeluargaan
akan berlaku. Akhlak yang baik datangnya daripada keluarga yang harmoni dan
bahagia. Akibat adaripada perbuatan seperti berjudi, meminum minuman keras,
zina dan sebagainya akan mengundang pelbagai masalah yang akhirnya menyebabkan
sesuatu institusi akan hancur. Tiada lagi wujudnya kebahagiaan dan keharmonian
dalam institusi keluarga berkenaan. Keharmonian dalam kekeluargaan tidak akan
wujud andainya perbuatan seperti maksiat dan penzinaan berleluasa.
Akibat wujudnya ketidakharmonian
dalam kekeluargaan, pastinya akan wujud penceraian. Penceraian pastinya akan
berlaku kerana keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga tidak dapat
dipertahankan lagi. Rumah tidak dianggap sebagai tempat untuk mendatangkan
kedamaian tetapi lebih kepada satu tempat yang membosankan. Kiranya kebahagiaan
tidak wujud lagi maka perceraian akan terjadi dan pastinya ia tidak dapat
dielakkan.
Masa depan anak-anak akan terbiar
dan tidak terpelihara. Anak-anak akan hilang tempat bergantung dan bermanja.
Kehidupan anak-anak akan menjadi tidak ceria. Permasalahan ini akan
mendatangkan kesan yang lebih buruk pada masa hadapan anak-anak ini. Generasi
akan datang akan mudah terpengaruh dengan budaya-budaya luar kerana kurangnya
kebahagiaan dan kasih sayang yang dikecapi dalam institusi kekeluargaan.
Anak-anak akan mencari alternatif lain untuk mengatasi masalah yang dihadapi
bagi menempiaskan kasih sayang mereka agar segala masalah mereka dapat dikongsi
bersama-sama contohnya kepada rakan-rakan, guru-guru, orang gaji, jiran-jiran
dan sebagainya.
Wujudnya masalah-masalah sosial
yang lain seperti budaya melepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian,
hubungan sesame jenis dan maslaah-masalah yang lain. Hal ini akan menyebabkan
kadar jenayah di Negara kita akan meningkat. Kesan jangka panjang ini akan
menyebabkan keharmonian dalam keluarga akan hilang.
iii) Masyarakat
MALAYSIA yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang
tahun 2020 bergantung kepada modal insan yang dapat menyumbang kepada pembangunan
dan kemajuan negara. Modal insan ini merujuk kepada tenaga kerja mahir yang
boleh menjayakan aktiviti ekonomi negara.
Bagaimanapun,
Malaysia yang maju dan berpendapatan tinggi juga perlu diimbangi dengan
kekuatan modal insan yang mempunyai ketinggian sifat, perwatakan dan
keperibadiannya.
Wawasan 2020 yang
menjadi asas pencapaian negara turut memperakukan betapa pentingnya kita
mewujudkan masyarakat yang mempunyai set moral yang tinggi. Ini terkandung
dalam cabaran yang keempat Wawasan 2020, iaitu mewujudkan masyarakat sepenuhnya
bermoral dan beretika. Ia juga bermakna, Wawasan 2020 akan gagal dan tidak
memberi makna, jika tidak seiring dengan kelahiran masyarakat yang bermoral dan
beretika.
Membangunkan
masyarakat yang bermoral dan beragama bukan satu pilihan tetapi kewajipan.
Negara boleh runtuh jika masyarakatnya mengetepikan soal moral dan agama. Apa
gunanya kita memiliki pembangunan fizikal yang gah tetapi ia tidak didasari
dengan pembangunan insaniah yang kukuh. Umpama jasad tanpa roh.
Baru-baru ini, kita
dihangatkan dengan berita kegiatan mesin judi haram yang masih berleluasa di
seluruh negara. Perkembangan ini pastinya meresahkan kita kerana ia membabitkan
perbuatan yang tidak bermoral. Lantas ia mewujudkan kebejatan sosial dalam
kalangan masyarakat yang akhirnya memberi cabaran kepada usaha kita
membangunkan modal insan dalam negara.
Isu judi adalah isu
yang sudah lama, namun iamasih berlaku. Banyak faktor yang boleh kita kaitkan,
antaranya kelicikan pengusaha mesin judi haram yang beroperasi dan berselindung
atas nama pusat hiburan keluarga. Lebih-lebih lagi, mereka dipercayai mempunyai
rangkaian kerjasama dengan sindiket perjudian antarabangsa seperti di Hong
Kong, Macau serta Taiwan.
Pada masa sama, tahap
penguatkuasaan turut menyumbang kepada gejala ini. Sehubungan itu, Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini telah
mengingatkan agar pihak berkuasa agama negeri sentiasa menggempur kegiatan
mesin judi haram dan menguatkuasakan undang-undang di bawah enakmen syariah
masing-masing kepada penganut Islam yang terjebak dengan kegiatan tidak
bermoral itu.
Selain itu,
Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut mengumumkan penubuhan pasukan khas bagi
membanteras kegiatan judi haram yang kini berada pada tahap serius dan luar
biasa. Pasukan elit khas ini bakal memiliki keanggotaan dua kali ganda
berbanding Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) serta turut
mempunyai kuasa dan peranan seperti pasukan polis dan cekap serta terlatih dari
segi operasi.
Dalam hal berkaitan,
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut menegaskan bahawa
beliau akan mengadakan perjumpaan dengan menteri besar dan ketua menteri bagi
membincangkan mengenai masalah judi haram yang semakin berleluasa. Lawatan itu
bertujuan mendapatkan sokongan negeri-negeri dalam memerangi judi haram,
antaranya dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar tidak lagi mengeluarkan
lesen pusat hiburan keluarga (PHK).
iv) Negara
Meskipun judi dipandang sebagai alternatif mudah dalam
mengaut keuntungan segera, namun risikonya lebih besar dari jangkaan pendek
akal manusia. Oleh sebab itu, kegiatan perjudian yang berleluasa di segenap
aspek merangkumi pusat judi utama, judi kecilan atau melalui siber adalah
memberi impak negatif yang sangat ketara terutama bagi kelangsungan negara.
Kegiatan perjudian
bukan sahaja akan membantutkan pertumpuhan ekonomi negara malahan
mempertaruhkan negara dalam gadaian aset serta hutang yang meningkat saban
tahun. Malaysia yang kaya dengan alam flora dan fauna serta galian menjadi
tumpuan dunia dalam merompak keseluruhannya khazanah ini.
v) Agama
Judi adalah antara amalan
termasuk dalam dosa besar kerana ia dikaitkan dengan amalan syaitan. Tegahan
berjudi kerana perbuatan itu mendatangkan banyak keburukan bukan saja kepada
orang yang suka berjudi, juga mereka yang rapat dengannya.
Pengharaman
judi jelas dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud:
“Wahai
orang beriman! Sesungguhnya arak, judi, penyembahan berhala dan bertilik nasib
adalah najis (haram) dan ia daripada perbuatan syaitan.” [7]
Firman
Allah lagi yang bermaksud:
“Mereka
bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah kepada
kedua-duanya ada dosa besar (mudarat) dan ada pula beberapa manfaat bagi
manusia, tetapi dosa kedua-duanya adalah lebih besar daripada manfaatnya.” [8]
Gila
judi juga mendorong seseorang melakukan perbuatan menyalahi syariat agama dan
lebih teruk lagi, akibat judi menyebabkan seseorang itu berpaling daripada
Allah seterusnya melupakan tanggungjawab kepada penciptanya.
Allah
berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya syaitan itu
hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan
sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan
mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti (daripada
melakukannya).” [9]
Permusuhan
mudah tercetus di kalangan kaki judi. Pihak yang menanggung kerugian sering
memandang serong kepada pihak yang menang. Banyak kemenangan biasanya diperoleh
secara penipuan dan mengambil kesempatan di atas kelemahan pihak lawan.
Biarpun
ada pihak mendakwa perjudian dikendalikan syarikat berlesen adil dan terhindar
daripada penipuan, hakikatnya keburukan sebenar perjudian masih ada. Islam
mengharamkan semua bentuk judi tidak kira memiliki lesen perniagaan atau
diadakan secara haram.
Sebenarnya
tidak ada syarikat pengendalian perjudian menanggung kerugian sebaliknya,
pelanggan atau kaki judi yang berterus-terusan menanggung kerugian. Bilangan
mereka mendapat keuntungan daripada perjudian amat sedikit dan tidak memadai
jumlah yang dihabiskan selama ini.
Wang
hasil perjudian adalah haram dan tiada keberkatan. Sesiapa memiliki wang judi
tidak kekal lama. Masyarakat menyebutnya ‘wang panas’ yang tidak dapat disimpan
lama. Orang menang judi bersikap boros, menghadapi malapetaka dan kesusahan
menyebabkan wang itu habis dibelanjakan.
Malah,
ada menjadi gila atau hilang ingatan selepas menang besar dalam perjudian.
Semua itu adalah pembalasan Allah kepada kaki judi di dunia ini lagi. Orang
suka berjudi tidak akan melihat perkara lain lebih penting dalam hidup mereka selain
berjudi.
Mereka
sanggup mengalami keretakan rumah tangga dan membiarkan orang disayangi
menderita kerananya. Malah, orang berjudi ramai terbabit dengan amalan syirik
apabila mempercayai bomoh ekor, bertapa dan memuja keramat. Oleh itu, aktiviti
perjudian bukan saja merugikan dalam bentuk kewangan, juga melahirkan
masyarakat malas dan kuat berangan-angan. Pakar psikologi dan sosiologi bukan
Islam turut sepakat mengatakan judi banyak mendatangkan keburukan daripada
kebaikan.
Mereka
ketagih judi merasakan dirinya mendapat keuntungan, sedangkan hal sebaliknya
dialami. Sebab itu Islam mengharamkan segala bentuk permainan yang mempunyai
unsur judi biarpun dalam bentuk mana ia diadakan.
Sesuatu
yang mendatangkan keburukan adalah ditegah sama sekali dilakukan oleh umat
Islam. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan
jangan kamu mencampakkan diri kamu dalam kebinasaan.” [10]
Usahlah
menyimpan harapan mendapat kekayaan daripada hasil judi. Perbuatan yang
didorong hasutan syaitan tidak akan menjanjikan sebarang kebaikan.
Langkah
Mengatasi Jenayah Judi Siber
MALAYSIA yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang
tahun 2020 bergantung kepada modal insan yang dapat menyumbang kepada
pembangunan dan kemajuan negara. Modal insan ini merujuk kepada tenaga kerja
mahir yang boleh menjayakan aktiviti ekonomi negara.
Bagaimanapun,
Malaysia yang maju dan berpendapatan tinggi juga perlu diimbangi dengan
kekuatan modal insan yang mempunyai ketinggian sifat, perwatakan dan
keperibadiannya.
Wawasan 2020 yang
menjadi asas pencapaian negara turut memperakukan betapa pentingnya kita
mewujudkan masyarakat yang mempunyai set moral yang tinggi. Ini terkandung
dalam cabaran yang keempat Wawasan 2020, iaitu mewujudkan masyarakat sepenuhnya
bermoral dan beretika. Ia juga bermakna, Wawasan 2020 akan gagal dan tidak
memberi makna, jika tidak seiring dengan kelahiran masyarakat yang bermoral dan
beretika.
Membangunkan
masyarakat yang bermoral dan beragama bukan satu pilihan tetapi kewajipan.
Negara boleh runtuh jika masyarakatnya mengetepikan soal moral dan agama. Apa
gunanya kita memiliki pembangunan fizikal yang gah tetapi ia tidak didasari
dengan pembangunan insaniah yang kukuh. Umpama jasad tanpa roh.
Baru-baru ini, kita
dihangatkan dengan berita kegiatan mesin judi haram yang masih berleluasa di
seluruh negara. Perkembangan ini pastinya meresahkan kita kerana ia membabitkan
perbuatan yang tidak bermoral. Lantas ia mewujudkan kebejatan sosial dalam
kalangan masyarakat yang akhirnya memberi cabaran kepada usaha kita membangunkan
modal insan dalam negara.
Isu judi adalah isu
yang sudah lama, namun ia masih berlaku. Banyak faktor yang boleh kita kaitkan,
antaranya kelicikan pengusaha mesin judi haram yang beroperasi dan berselindung
atas nama pusat hiburan keluarga. Lebih-lebih lagi, mereka dipercayai mempunyai
rangkaian kerjasama dengan sindiket perjudian antarabangsa seperti di Hong
Kong, Macau serta Taiwan.
Pada masa sama, tahap
penguatkuasaan turut menyumbang kepada gejala ini. Sehubungan itu, Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini telah
mengingatkan agar pihak berkuasa agama negeri sentiasa menggempur kegiatan
mesin judi haram dan menguatkuasakan undang-undang di bawah enakmen syariah
masing-masing kepada penganut Islam yang terjebak dengan kegiatan tidak
bermoral itu.
Selain itu,
Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut mengumumkan penubuhan pasukan khas bagi
membanteras kegiatan judi haram yang kini berada pada tahap serius dan luar
biasa. Pasukan elit khas ini bakal memiliki keanggotaan dua kali ganda
berbanding Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) serta turut
mempunyai kuasa dan peranan seperti pasukan polis dan cekap serta terlatih dari
segi operasi.
Dalam hal berkaitan,
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut menegaskan bahawa
beliau akan mengadakan perjumpaan dengan menteri besar dan ketua menteri bagi
membincangkan mengenai masalah judi haram yang semakin berleluasa. Lawatan itu
bertujuan mendapatkan sokongan negeri-negeri dalam memerangi judi haram,
antaranya dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar tidak lagi mengeluarkan
lesen pusat hiburan keluarga (PHK).
Penyelesaian
Pelbagai kaedah
penyelesaian yang boleh diketengahkan bagi mengelak dan mengatasi masalah
kronik ini ialah dengan melalui pelbagai method pelaksanaan. Diantaranya
melalui kaedah yang telah diterapkan berdasarkan kerana hukuman yang terkandung
di dalam Al-quran mahupun sunnah Nabi S.A.W serta kebijaksaan pemerintah.
Antara yang telah
disebutkan oleh Allah Taala di dalam Al-quran ialah ;
“ Dan Hendaklah kamu infakkan hartamu di jalan Allah,
dan janganlah kamu campakkan dirimu ke lembah kebinasaan. Berbuat baiklah,
sesungguhnya Allah amat suka kepada kebaikan” [11]
Bahkan junjungan Nabi
s.a.w sendiri meletakkan asas kebaikan tunjang kepada kebaikan. Melihat situasi
mafsadah yang melanda, Nabi meletakkan kaedah untuk mengatasinya. Sabda Nabi
s.a.w di dalam hadis yang membawa maksud :
“ Barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia
mencegah dengan tangan (kuasa), Jikalau kamu tidak mampu, cegahlah ia dengan
lidah (nasihat), jikalau kamu tidak mampu jua, cegahlah dengan hati.
Sesungguhnya mencegah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman”
(Muttafaqun
a’laih)
Melihat kepada hadis
diatas, sebahagian ulama menafsirkan kaedah itu mengikut turutan, iaitulah
melalui hati, kemudian melalui lidah serta diakhiri dengan tangan. Ianya
merujuk kepada kesesuaian pelaksaannya berdasarkan perkara kecil sehingga yang
lebih besar. Konsep pencegahan melalui tangan (kuasa) adalah bersifat komplek
dan berkisar kepada kekuasaan pemerintah dalam menterjemahkannya. Adapun
membenci dalam hati mampu dihadirkan kedalam semua individu dan masyarakat yang
normal.
Antara bentuk pelaksaan melalui
kuasa yang boleh dikendalikan oleh pihak berkuasa khusus dalam masalah judi
ialah mengikut peruntukan Seksyen 16A Akta Rumah Judi Terbuka 1953, penyitaan
dan pemusnahan barang rampasan mesin perjudian sama ada terdapat pertuduhan
atau tidak hendaklah berdasarkan kepada arahan daripada Majistret kepada Ketua
Polis Daerah.
Bagi tahun 2011 sehingga 2016,
jumlah keseluruhan rampasan komputer dan komponen komputer yang digunakan untuk
aktiviti perjudian haram adalah sebanyak 693,663 unit dan daripada jumlah
tersebut, sebanyak 191,389 unit komputer dan komponennya telah dimusnahkan.
Manakala bakinya masih lagi di peringkat perbicaraan, siasatan dan menunggu
arahan Mahkamah.
Pelupusan barang-barang kes
adalah tertakluk kepada arahan daripada Kementerian Kewangan Malaysia melalui
surat bertarikh 24 Sepember 2010 dalam rujukan KK/BKP 10/535/20/15(9) mengenai
Pelupusan Aset Yang Dikategorikan Sebagai Buangan Terjadual. Berdasarkan arahan
ini, komputer dan komponen adalah termasuk dalam buangan berjadual dan pelupusannya
perlu berpandukan kepada Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan
Terjadual) 2005 yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
PDRM telah melaksanakan pelupusan
mengikut arahan-arahan yang telah dikeluarkan melalui pemusnahan secara fizikal
dan kemudiannya ditanam dalam tanah. Oleh yang demikian, PDRM tidak memperolehi
sebarang pendapatan daripada pelupusan yang dijalankan.
Pelbagai bentuk
tindakan lain yang akan dibebankan kepada perilaku bersalah dalam aktiviti ini,
antaranya yang melibatkan akta atau undang-undang syariah negeri bagi setiap
negeri. Sebagai contoh Akta 17 (1) (2) (3) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No
9 Tahun 1995 ataupun Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289)
Mahkamah Majistret Negeri Terengganu sebagai contoh yang boleh diketengahkan.
Kesimpulan
Antara
bentuk hukuman yang dibawakan oleh pihak mahkamah ialah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM
2900.00 atau 4 bulan penjara dan Pesalah ini dipenjarakan selama 10 hari. Memandangkan hukuman ini tidak memberikan kesan
kepada pesalah-pesalah, maka adalah lebih baik pihak berkuasa meningkatkan
hukuman kepada mahkamah syariah serta memperkasakan undang-undang syariah
melalui pindaan dan pendekatan yang sistematik berdasarkan perlembagaan
Malaysia.
Undang-undang siber tidak seharusnya
kita harapkan untuk melindungi kita dari ancaman jenayah computer. Dalam dunia
tanpa sempadan, serangan berkemungkinan boleh dilakukan oleh beribu-ribu batu jauhnya
mahupun dikalangan orang yang berhampiran dengan kita. Oleh itu setiap individu
perlu memainkan peranan untuk membanteras kes-kes jenayah siber semakin yang
kini semakin berleluasa.
[1] Surah Al-Baqarah ayat 219
[2] Al-Mu’;jam Al-Wasith hal 7589
[3] At-Ta’rif hal. 17910
[4] Rawa’i Al-Bayanfi Ayat Al-Ahkam(I/279)
[5] Timothy 6:10
[6] Hebrew 13:5
[7] (Surah al-Maidah, ayat 90)
[8] (Surah al-Baqarah, ayat 219)
[9] (Surah al-Maidah, ayat 91)
[10] (Surah al-Baqarah, ayat 195)
[11] (Surah Al-Baqarah, ayat 195)