Fiqh Jinayat (Jenayah Judi Siber, Hukuman Mengikut Perundangan Islam)
Pendahuluan Perjudian haram merupakan satu fenomena yang menghantui masyarakat Malaysia sejak dahulu lagi. Masalah ini semakin bertambah walaupun pelbagai usaha telah diambil untuk membendungnya. Setiap tahun kita melihat ada juga pembukaan pusat-pusat perjudian siber di merata tempat. Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen telah berabad memainkan alat yang penting dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun, bahan-bahan media ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti Internet. Ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah kebanyakan negara mempunyai peruntukan undang-undang yang mengawal percetakan dan kandungan televisyen. Di Malaysia contohnya, sebarang...